Frame Kenangan

Frame Kenangan
"Ya Allah berikan aku sahabat yang selalu mendekatkan diriku dengan diriMu agar aku tidak alpa dengan gurauan Dunia"

Friday, March 19, 2010

SEHARI PENERAPAN NILAI ISLAM




Saya suka mulakan dengan persoalan...

Nyatakan Nilai dalam diri Anda.... Secara Ikhlas..Katakan Ya dalam hati jika ada nilai ini dalam diri anda...


1) Nilai Kejujuran...Jujur dalam setiap perkataan, kelakuan...
    Jika YA..Tahniah! Anda Muslim!
    JIka Tidak: Situasinya : 
    A: Boleh awak hantarkan saya ke komuter
    B: (berat di hati) emm xboleh lah saya ada keje sikit nak buat... << tapi kerja B  
         adalah tidur...


2) Nilai Kasih Sayang antara satu sama lain...
    Jika YA..Tahniah! Anda Muslim!
    JikA Tidak: situasinya:
    A: Boleh saya tahu tentang pendaftaran..(di kaunter)
    B: Alah tengok kat website je



Ini contoh Dua Nilai yang saya boleh anggap telah luput dalam diri sebagai seorang islam... Saya dan anda Islam tapi kenapa kadang-kadang nilai islam itu luput dan pupus dari diri kita yer....Ia sepertinya hilang...Nilai itu digantikan pula dengan nilai dengki, iri hati, cemburu, berperasangka dan sila nyatakan nilai yang tidak elok ini dalam diri anda...




Mari saya ceritakan...saya seorang manusia yang jahil dulunya...Saya seorang yang panas baran dahulunya, tidak penyabar, terburu-buru, kurang kasih sayang pada rakan-rakan dan adik-adik di sekeliling saya, jarang membantu orang, berperasangka buruk pada yang lain, tidak ikhlas, dan juga memandang rendah pada orang lain...




Ya inilah nilai saya semasa jahiliyahnya saya...




Eh tapi anda kan Islam.....kenapa adanya nilai-nilai sebegini??




Bukankah orang islam itu mempunyai nilai-nilai yang sangat cantik...lihat Nabi Muhammad S.A.W, anda kan umatnya...Kenapa nilai islam Nabi Muhammad S.A.W tidak di sambungkan pada umatnya sekarang ini.....






Baiklah ini persoalan yang agak heavy..Tapi saya ada satu jawapan..lihat Ayat Al-Quran...




"Orang-orang Arab Badui berkata, "Kami telah beriman." katakanlah (kepada mereka), "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah "Kami telah tunduk islam", kerana iman belum masuk kedalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalmu. Sungguh Allah Maha pengampun dan Maha Penyayang. (Surah Al-Hujurat:14)




Makanya nilai islam telah luput adalah kerana:




"Kamu belum beriman, tetapi katakanlah "Kami telah tunduk islam",


 kerana iman belum masuk kedalam hatimu.



Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalmu. Sungguh Allah Maha pengampun dan Maha Penyayang.



Persoalan seterusnya...Bagaimana pula "Iman belum Masuk Dalam Hati"


Saya ada satu jawapan:




"Dan sungguh akan Kami isi neraka Jahanam banyak dikalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka serti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. (Surah Al-A'raf:179)





Sekali lagi..Hati Hati...dan Hati sangat perlu di jaga dan juga dididik....




Dalam Kursus yang saya hadir...ada satu contoh yang menarik perhatian saya...Satu organisasi iaitu Syarikat Matsushita...


Diceritakan oleh penceramah itu bahawa organisasi Matsushita ini menerapkan nilai-nilai islam dalam diri mereka..pelikkan..tapi mereka bukan islam...


oh ini Nilai mereka...


** sistem mereka menyenangkan pelanggan mereka
**Kasih sayang di tempat kerja..
** Setiap pekerjaan yang mereka lakukan adalah kebajikan mereka...


wuahhh....sebagai kebajikan....tapi islam kerja adalah ibadah kita....Tapi mereka ini melakukan kerana etika, kerana kebajikan......Hanya setakat itu, tapi tiada kenikmatan, ketenangan selepas itu....




Kita manusia diturunkan adalah untuk dua..sebagai khalifah dan melakukan ibadah kita....


Macam mana nak jadikan kerja sebagai ibadah?? ....Ada dua perkara yang di nilai dalam penerapan nilai islam iaitu secara Self enhancement dan juga kepimpinan melaui tauladan..





Self-Enhancement dilakukan melalui ibadah kita seperti solat yang khusyuk, solat sunat, kebajikan kita, sedekah, yakni perbuatan dalam menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t... Mari saya kongsi, antara perkara yang ditakuti oleh saya adalah diri ini berjauhan dengan Allah s.w.t...Takutnya saya kerana HidayahNya sungguh indah, bersamaMu Ya Allah tiada Tuhan selain dari Mu Ya Allah.. Aku takut perbuatan ku menjauhkan diriku dariMU Ya Allah..Katakanlah Ya Allah jangan tinggalkan diriku Ya Allah..Bimbinglah Diriku Ya Allah....





Keduanya, Kepimpinan melalui tauladan....ok macam mana tu??


lihat ayat Syed Qutb:

Angkatan manusia yang mulia yang bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat lama itu menghadapi seperti yang tergambar dibawah bayangan Al-Quran , keadaan-keadaan yang serupa, krisis-krisis yang serupa dengan pengalaman-pengalaman yang serupa di sepanjang zaman di berbagai-bagai tempat dan dikalangan berbagai-bagai kaum....





Maksudnya 
Ia menceritakan bahawa kisah-kisah yang dahulunya akan berulang seperti sekarang, cuma kita sudah tiada Nabi yang akan membimbing kita..Ya TIADA LAGI NABI MUHAMMAD S.A.W.... 











Maka sebagai seorang pemimpin, sebagai seorang Manager....Kajilah tentang gaya kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w... Indah sungguh Indah...


Contohnya ada suatu hari seorang perempuan telah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan menyatakan bahawa Ya Muhammad..aku telah berzina...Sebagai pemimpin negara dan juga kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w tidak terus menjatuhkan hukuman kepada wanita itu...Malah dia berkata kepada perempuan itu...lahirkan lah kandungkan lah anakmu dahulu, kemudian lahirkan lah anak itu dahulu, kemudian didiklah anak mu dahulu....


Bayangkan....Bayangkan...Mulianya Nabi ku Muhammad s.a.w.....




Saya share kan lagi....Antara penyebab kejatuhan Nilai Islam ini ialah Kekayaan, kepentingan, Kebendaan...


Ia....Benar Sangat...




Contohnya kejujuran...


Peniaga yang berniaga menggunakan bahan-bahan yang yang tidak  bermutu lalu dengan mengenakan harga yang tinggi...


Nah inilah kejujuran..Manakah Kejujuran itu?????? Kerana terlalu melihat keuntungan maka kosnya dikurangkan...Inilah yang selalu kita belajar..."To get Profit, High Revenue Low cos"...Tapi mana kejujuran anda?????




Fikirlahhh...Nilai sangat penting untuk ekonomi dan kemajuan Islam... Pelihara Nilai...sedarkan Hati dengan Ayat Al-Quran...Inilah petunjuk kita............Mari Sama-Sama senaraikan Nilai yang belum dan sedia ada pada kita......




Nilai kita Kemajuan kita............

Wednesday, March 10, 2010

SAYA SUKA............



SAYA SUKA LANGIT....

SAYA SUKA AWAN....

SAYA SUKA LAUT....

Sebab saya suka:


Ayat Al-Quran:

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah" (Surah Al-Isra':44)

Semua Makhluk di bumi ini....sentiasa bertasbih pada Allah tanpa kita sedar...ya seperti pokok-pokok, haiwan-haiwan...Tanpa kita sedarkan...Tanpa kita nampak.....


Mereka mungkin tidak diberi akal, tapi mereka sentiasa bertasbih pada Allah....

Kasih sayang Allah pada kita....

Ayat Al-Quran:


"Dialah yang telah menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi" (Surah Al-Baqarah :29)


Allah sangat kasihkan hambanya hingga memberikan laut (untuk rezeki), Langit, Pokok (oksigen)....sila lihat sekeliling, apa lagi yang Allah berikan pada kita.....


Macam mana Kasih sayang kita Pada Maha Pencipta???




Sajak Untuk Mu Ya Rabb



Tanpamu, tanpaMu
ditinggalkanmu,
aku masih punya harap.
untukmu, pasti punya ganti bagiku
walau dunia kecil seketika
tetap nyawa itu masih berharga

ditinggalkanMu,
gelap seluruh dunia putus segala harapanku
untukMu tiada wujud ganti
walau dunia seluas semesta
tetap rasa sempit seakan tiada esoknya
tanpamu, aku tetap meneruskan hidup
bersama luka yang terpahat
aku mampu meneruskan perjalanan
walau pahit berselirat,
hingga tiba waktu sakarat

tanpaMu, aku suka memilih kematian
kerna tiada ertinya kehidupan
tanpa redha kasihMu wahai Pencipta Insan
takkanku mampu meneruskan permusafiran
walau nyawa panjang berlimpah kegemilangan
tidak mengapa ditinggalkanmu,
kerna aku bisa lagi punya harapan walau tanpamu.


Tetapi ditinggalkanMu,
tersepit aku di hujung dunia
kerna segalanya menjadi kelam tanpaMu wahai Yang Esa.

Kau kekuatanku
Kau sumber kasih sayangku
Kau nyalaan harapanku
kepadaMu aku bergayut
melutut melukut merayu
ditinggalkanMu adalah mimpi burukku,
tanpa redhaMu, hilanglah makna kewujudanku.
~angkasa
1 Mac 2010
8.04pm
Teringat Allah
Puisi tanpamu, tanpaMu

-Hasil Langit Ilahi-

Penutup :  SAYA SUKA LIHAT KEBESARAN ALLAH............

Thursday, March 4, 2010

SEJARAH MELAYU ATAU SEJARAH ISLAM?? Mana yang anda Pilih??

Saya mulakan topik ini dengan persoalan...

Sila lah jawab... Jika anda di luar negara, negara yang tidak di kenali namanya...seorang yang berpakaian seperti red indian menegur anda... Who are you???

Ape yang anda akan jawab agaknya ya...Rasanya dia tahu ke Melayu??

Sebenarnya kisah ini pernah terjadi pada sahabat usrah saya yang belajar di UK dahulu...Pada mulanya dia ade terfikir jugak emm si mamat red indian nih cam tak tahu je Melayu, lantas dia berkata I am Muslim....Lalu si mamat red indian ini termalu sendiri....aii kenapa nak malu kan??? Sebab dia tahu pasal Islam, islam tidak suka pada pakaian yang terbuka...dia faham akan adab islam.....


So sekali lagi saya akan tanya pada anda...Who are you???


so jawablah anda I am Muslim......

Saya ingin ajukan soalan seterusnya..sejarah mana yang datang dahulu?? sejarah melayu atau sejarah islam???

Islam harus dikembalikan....

Kisah Islam bermula dengan lebih 1400 tahun dahulu.....

Di gua Hira' Muhammad didatangi Jibril....

Jibril berkata pada baginda...Bacalah, Bacalah........


"Bacalah dengan Nama TuhanMu yang menciptakan...Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan TuhanMu lah yang Maha Mulia......


kemudian...Baginda dilantik menjadi Rasul utusan Allah, dan bermulalah dakwah baginda menyeru umat menyembah Tuhan yang Esa....

Zaman Kota Mekah dan Madinah

**** 625 masihi perang badar meletus iaitu peperangan pertama didalam sejarah umat islam
**** 313 muslimin menentang 1000 musyrikin
**** Namun kemenangan berpihak kepada umat islam
**** 631 Masihi pembukaan semula kota mekah, kerana musyrikin mekah gagal mematuhi perjanjian hudaibiyah
**** 360 berhala dimusnahkan (latta dan uzza juga hancur berkecai)


Zaman Khulafa' Ar-rasyidin:


selepas baginda wafat pada 632 masihi perjuangan disambung oleh para sahabt dan islam berkembang dengan pesat


****633 masihi pengumpulan Al-Quran dimulakan
****638 Masihi dibawah pemerintahan Khalifah Umar tentera Muslimin menawan Baitul Maqdis yang sebelumnya di bawah pemerintahan Empayar Byzantium


Zaman Bani Umaiyah:


661 Masihi Khalifah Muawiyah mengasaskan Dinasti Umaiyyah.....
Ilmu pula berkembang pesat di bawah pemerintahan khalifah Umar Abd Aziz...
Berkembangnya seni ukiran di Masjid Ummayad, Damsyik, Syria...
Di Tunisia, orang arab mereka sistem pengasingan air dan bendasing...yang mengaplikasikan fenomena tarikan graviti...Merka juga membina sistem pengairan kincir air untuk tanaman-tanaman mereka...


Zaman Abbasiyah:


752 Masihi zaman pemerintahan abasiyah bermula
763 Masihi penubuhan kota baghdad...
786 Masihi dikenali sebagai zaman keemasan abasiyah, pada zaman pemerintahan khalifah harun al-rasyid dan anaknya al-makmun
Pada ketika ini baitul hikamh didirikan iaitu dengan mempunyai setengah juta buku dijilid dan 36 buat perpustakaan dan memerlukan sebanyak 120-400 ekor unta untuk memindahkan kesemua buku ini...
800 Masihi kaedah saitifik dicipta, Al-Khawarizami mengasaskan al-gebra dan ilmu falak bermula...Fibonacci dan Master Jacob tertarik dengan pemikiran beliau...Buku Al-Razi dan Al-Asrar diterjemahkan kedalam bahasa latin dan menjadi rujukan kimia di barat, Teori Al-kindi  dalam bidang optik telah mempengaruhi seseorang pakar mata barat, Roger Bacon..Pada Zaman ini juga bilangan doktor juga sangatlah ramai, sehinggakan mereka yang ingin menjadi doktor juga harus ditapis...Penterjemahan buku ke dalam tamadun lain juga giat dilakukan


Di Andalusia pula kerajaan Bani Umayyah sepanyol telah diasaskan pada 756 Masihi..
Cordoba menjadi pusat ilmu pada kurun 10 masihi ...
Terdapat sebuah Universiti dan perpustakaan yang besar menajdi tumpuan seluruh dunia, juga menjadi pusat ekonomi antarabangsa seluruh dunia suatu ketika dahulu.....
1000 Masihi masjid cordoba dibina dengan menampilkan seni bina yang unik dan seni ukiran yang halus....
1238 Masihi istana Alhambra Granada di bina menjadi tempat kediaman kerajaan Nasrid dan terukir kata-kata "Walla Gholabu Allallah" yang bermaksud "Tiada  penakluk yang  berkuasa melainkan Allah"...sebagai peringatan bahawa kehebatan mereka hanyalah kecil berbanding Allah...
Ilmu-ilmuan baghdad dan Andalus berjaya mengharmonikan falsafah yunani tua  dengan tamaun islam dan membuka mata orang-orang barat sehingga mencetuskan suatu zaman...Yang dikenali sebagai Zaman Renaissance.....

Namun ketika ini kerajaan islam jatuh akibat serangan tentera monghul dan segala buku-buku dihanyutkan ke sungai hinggakan sungai menjadi hitam akibat dakwat dari buku... 


Zaman Turki Uthmaniyah


***1187 Masihi Baitul Maqdis ditawan semula oleh salahuddin Al-Ayubbi dan tenteranya dibawah pemerintahannya....umat islam disatukan dari lembah Nil ke lembah Furat...
***1192 Masihi, Eropah menghantar satu lagi tentera yang lebih besar tetapi juga kalah..Dalam peperangan salib ini ketokohan salahuddin menyebabkan kaum muslimin patuh pada arahannya..Orang-orang Arab dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri..apabila diajak berjihad , salahuddin ternyata berjaya menyatukan mereka..sehingga tiada yang memberontak sewaktu pemerintahannya....


1453 Masihi Sulatan Muhammed Al-fateh menawan konstantinanpel, usaha menjatuhkan bandar ini gagal dilakukan selama 800 tahun sehinggalah kemunculan raja ini yang berusia 24 tahun ketika itu...Baginda mengupah jurutera bangsa hugary untuk mencipta meriam dan berjaya menembak peluru seberat 300 kg dengan sejauh 1 batu...Bagindalah yang disebutkan dalam hadis Nabi sebagai "sebaik baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera ketika itu"...




so Inilah sejarah islam...mulanya oleh Nabi Muhammad S.A.W...Ianya naik pada awalnya dan mula jatuh pada zaman abasiyah sehingga sekarang makin jatuh..Mari lihat Graf...

 
Kemudian Kita Analisis pula ya...

Saya ingin tanyakan pada anda..anda lihat rajah di atas betul-betul...selepas kerajaan turki uthmaniyah geraf menjadi jatuh sehingg kini...Islam jatuh, ya islam dah jatuh....

Cuba Lihat lagi...Islam sudah jatuh semula seperti zaman mana??? cuba lihat teliti....

Lihat Lagi....dan Lagi....


Dapat jawapan???? Betul....sekarang zaman kita seperti zaman jahiliyah di mekah...sedih bukan.. Kurangnya dakwah, ada bukan tiada dakwah...
sekarang saya ajukan bagaimana daulah kita... iaitu hukum islam kita??? adakah diikuti??? jawab dalam hati sahaja....

saya katakan kita ada hukum islam tapi hanya sekadar kata nama....Ia kata nama sahaja...

Bagaimana dengan tamadun islam...?? ada seperti zaman umaiyah?? ada seperti zaman abasiyah??? ilmu, ekonomi dan lain-lain dalam perspektif islam???? tiada..tiada bukan kita amik teori barat kita ikut teori barat....

teori barat diorang rujuk dimana??? Al-Quran?????

sedih bukan...

Lihat semula saya hendak anda dibayangi oleh ini

Zaman Jahiliyah Mekah merupakan Era Kebodohan, Jahiliyyah sebenarnya adalah suatu sikap atau keadaan masyarakat pada umumnya yang bodoh terhadap nilai-nilai Islam, ataupun secara mudah mereka bodoh terhadap nilai perhambaan seorang manusia kepada Allah yakni akan tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah. Maka apa perbezaan dengan kita sekarang????


Dah rasa bersemangat atau sayang Islam???
Cari peranan anda dalam menolong Agama Allah agama kita, asal usul kita...

Tamadun islam perlu dibangkitkan semula...sekarang ni tamadun barat giat dalam pemikiran kita mereka gunakan media sebagai melalaikan kita....

saya ada satu cerita....

Semasa perang salib, raja perancis King Louis di tawan oleh tentera islam dan di masukkan dalam penjara...Satu hari disebalik tingkap dalam penjara, king louis melihat tentera-tentera islam di luarnya...Dalam pemikirannya, emmm susahnya nak menawan orang islam, orang islam rela berperang kerana ingikan mati syahid, Maka peperangan bukan jalan untuk menawan islam...lalu dia menganalisis apakah yang menyebabkan orang islam sukar ditawan??

Ini hasilnya ....King Louis melihat orang islam tidak pernah lekang dengan Al-Quran dan cara lain ialah secara psikologi....Ya cara psikologi yang orang barat gunakan sekarang sehingga islam leka, media <<< ini jawapannya....hiburan yang terlampau, cerita novel yang melampau-lampau sehingga tgklah kita sekarang...tengoklah kita je....

tengok sendiri remaja sekarang...kesiankan mereka..anda yang sedar?? anda yang cikgu, anda yang ibu dan bapa, anda yang pensyarah, anda yang majikan....


Mana Al-quran anda????

Sila ubah status anda...Anda bukan melayu tapi anda MUSLIM...
ANDA ISLAM.............................................


















Kepadamu Kekasih.....



Pembukaan bulan Mac..Minggu yang dirundung kesedihan...

Kesedihan...Bukan sbb boyfriend, keje, result <<< tiada kaitan sama sekali...

Mari sharing....Kenapa nak sharing kesedihan???

Ini jawapan saya, sbb kita 1 islam, kita Muslim bukan 1 Malaysia...saya nak share kesedihan merundung kerana melihat mereka yang tidak faham, tidak nampak akan islam sebenanrnya...

Mari lihat ayat Al-Quran:

"Dan sungguh , akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi tidak dipergunakannya) untuk melihat (tanda tanda kekuasaan Allah), dan mere mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka itulah orang-orang yang lengah". (Surah Al-A'raf 7:179)

Saya highlight kan...."Mereka memiliki hati tapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah"<<< ini lah kesedihan saya...ramai yang diantara kita "Sekarang ini" mempercayai hasil dari pembacaan mereka, hasil dari tontonan movie barat, merupakan penilaian yang bagus untuk menjalani kehidupan di dunia ini...Namun, jauh di sudut hati saya, saya bukan menyalahkan mereka 100%...jangan salahkan mereka yang memandang kehidupan ini dengan sudut pembacaan mereka dengan sudut tontonan mereka...

Kerana ini Jawapan saya mereka tidak faham, mereka tidak dibayangi lagi dengan ayat-ayat Al-quran kerana itu mereka berfikir dengan akal mereka tidak dengan hati mereka...

Dan ada pula diantara kita yang mempercayai kata-kata mereka yang berdasarkan "akal fikiran ini"<< kesedihan saya seterusnya...

seterusnya....Ada pula yang tanya apa yang anda nampak tentang islam sebenarnya...

Ini...Saya akan cerita kan ini.....

Saya nampak islam itu kasih dan sayang...ya kasih dan sayang....macam mana plak tuh kasih dan sayang...????

saya susah nak gambarkan, tapi saya ada satu cerita:...

satu hari, ada seorang sahabat bagi saya satu ceramah tentang kewanitaan, perlu menjaga aurat, jangan pakai yang terang-terang...emm mmg isinya bagus, tapi tapi kenapa hati saya betul2 tak terdorong dengan kata-kata penceramah itu...em ini hasil pendengaran saya, kerana penceramah ini tidak meletakkan kasih sayang Allah....

Ini pandangan saya, seseorang itu bukan mudah untuk di ubah...janganlah kita mengutuk orang yang berlaku jahil itu....contoh ayat nya macam ni.. "tengoklah budak-budak sekarang ni, pakaian tak senonoh...tutup aurat tapi tudung nya pendek nampak dada" << maafkan saya tapi mereka itu kesemuanya tidak faham islam mereka tidak nampak Allah, mereka tidak diberi hidayah...Saya dan Anda yang faham ni..jangan pula menjadi orang yang rugi dengan berkata-kata kosong....


Apa peranan Anda yang faham....diam je ke??


Bukanlah dengan diam, tapi rapati mereka dengan kasih dan sayang doakan mereka...Doa..Doa merupakan usaha dan senjata bagi seorang islam...Saya tidak hebat, saya sendiri tidak menegur rakan-rakan yang tidak faham ini..tapi saya tidak putus-putus doakan untuk mereka, kejayaan akhirat mereka...saya menangis berdoa pada Allah, Ya Allah berikan lah hidayah pada sahabat-sahabatku, berikan pada mereka apa yang engkau berikan padaku...agar dunia ini tidak disia-siakan lagi.....Ini lah peranan saya...saya beriman pada Allah untuk lihat mereka berubah, untuk melihat mereka di beri petunjuk dan hidayah....Saya doakan saya doakan....Walaupun mereka pandang serong pada anda dan saya, jangan putuskan doa dan iman itu, kerana kesiankan mereka...kesiankan mereka...mereka tidak faham............

Muhasabah diri...

Mari lihat Ayat Al-Quran semoga bertambah kasih sayang anda pada Allah s.w.t....

"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)". (al An'am, 6:160)

Persoalan: Apa yang anda faham???

"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya

Lihatlah Allah berikan ganjaran sepuluh kali lipat amalnya jika kita berbuat kebaikan...Dapat rasakan kasih sayang Allah??? ok belum dapat rasa lagi??? lihat ayat seterusnya.....


barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)"

Sudah perasan?? Allah memberikan pembalasan yang seimbang dengan kejahatannya maksudnya Allah membalas kejahatan seseorang itu setimpal dengan kejahatan yang dilakukan...Allah tidak menzalimi seseorang itu...Bukan maksud saya anda digalakkan melakukan kejahatan..cuma saya ingin tunjukkan kasih sayang Allah pada kita...Kita sebagai khalifah Allah apa yang kita buat????

Penutup:

Kasih sayang Allah bermula dengan memahami aya-ayat cinta Allah pada kita di dalam Al-Quran....Macam mana nak paham?? Kene blaja Bahasa Arab...Bukan, belilah tafsir Al-Quran (bukan nak promote yer) tapi ini lah permulaan kasih sayang kita bina pada Allah bila kita faham Al-Quran...Indah sangat Indah...

Ini jaminan saya bila anda dibanyangi ayat Al-quran Allah, jangan katakan aurat yang anda jaga segala yang sunat anda akan buat supaya kasih sayang antara kita dan Allah tidak diputuskan....

Mari cabarkan diri bacakan 4 muka surat dari ayat Al-Quran setiap hari..dan sharekan pada rakan-rakan yang lain ape yang anda dapat...........



 
 

Sunday, February 28, 2010

DIRI INI MASIH RINDUKAN MU WALAUPUN 12 RABIULAWAL TELAH BERLALU.....

picture dari langitilahi.com

15 Rabiulawal hari ini....bukan tidak rindu 12 Rabiulawal...tapi semakin, semakin hati ini sedih dan rindu.....
Air menitis sebelum 12 rabiulawal lagi, bahkan bila menjelang 12 rabiulawal lagi tidak dapat menahan kerinduan ini...

Ya Rasulullah, engkau sungguh mulia...peribadimu tiada tandingan...ku rindukanmu setiap saat...mengapa engkau tidak berada di dunia ini lagi...melihat umatmu, diriku......
sebak bila hati terkenangkan kata-kata kerinduan Rasulullah...antaranya:


Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya aku merindui ikhwanku”

Sahabat-sahabat bertanya: “Siapakah Ikhwanmu ya Rasulullah?”

“Mereka yang tidak pernah melihatku, tetapi berpegang teguh pada ajaranku”

Baginda merindui kita. Apakah kita merindui baginda?

Rasulullah SAW pada saat nazak, bertanya kepada Jibril AS,

“Wahai Jibril, apakah yang telah Allah sediakan untuk ummatku?”

Tidak baginda bertanya apakah Allah telah sediakan untuknya, apakah balasan Allah untuk 
segala pengorbanannya, apakah bentuk nikmat akan dia perolehi di syurga sana. Tetapi saat-saat akhir hayatnya, baginda bertanyakan keadaan kita.

“Ummati, ummati, ummati…” Itulah yang baginda sebutkan saat-saat hendak berpisah dengan dunia fana ini. Kita mengetahui bahawa, kematian itu sakitnya ibarat ditusuk 3000 pedang. Rasulullah SAW sendiri menyatakan satu sabdanya: “Wahai Aisyah, sesungguhnya sakarat itu sangat menyakitkan”

Tetapi pada saat itu, kita yang disebutkan baginda.

Apakah yang telah kita lakukan dengan kecintaan baginda ini?

Ada yang dicerita oleh sahabat usrah saya, jibril as telah datang ke neraka dan bertanyakan kepada malik as...dan mengatakan ya malik aku ingin memasuki neraka dan melihat mereka yang ada didalam neraka...

lalu di dalam neraka, jibril as melihat manusia meronta-ronta meminta pertolongan pada malik..ya malik, ya malik, ya malik tolonglah...Namun sapaan itu tidak dijawab oleh Malik, sapaan malik hanya dijawab pada 1000 tahun sekali sahaja....

Kemudian jibril berkata pada penghuni neraka, mengapakah kamu tidak meminta pertolongan pada Nabi mu...dia yang memberi syafaat padamu....lalu penghuni neraka memanggil nama nabi mereka, Ya Nabi ku Ya...Nabi ku....Hampa....mereka tidak ingat siapakah nabi mereka... 

Lalu pengkhabaran diberitahu pada Nabi Muhammad, lalu Nabi muhammad s.a.w pergi berjumpa malik...Ya Malik aku ingin melihat ummatku yang ada di dalam neraka...Nabi dengan kata yang sedih...sebutlah nama ku, aku nabi mu Muhammad s.a.w, aku nabi mu Muhammad s.a.w... lalu penghuni neraka yang menyebutnya di selamatkan oleh muhammad lalu masuk ke syurga...

Nah ini lah syafaat Nabi Muhammad s.a.w...ingatlah Rasulullah..sematkan lah kerinduan didalam hati kita...indah sungguh indah....... 

 

Saturday, February 27, 2010

Khalifah....Anda Juga Khalifah....


Allah menciptakan manusia....

Mari mulakan dgn ayat indah dari Allah s.w.t :

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi" Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?"Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah : 2:30)

Dan inilah kita khalifah Allah atau dalam bahasa dunia nya manusia.....Mari ajukan satu persoalan..Apakah peranan manusia??

oh bukan, Apakah peranan khalifah???

Disini perlu lah kita jelas bahawa Allah menjadikan kita hanya untuk dua perkara pertama :beribadah kepadanya, kedua: sebagai khalifah...

Saya ingin berkongsi tentang khalifah setelah menghadiri usrah tempoh hari yang lalu..

Maka ada yang menjawab, khalifah sebagai budak master, sebagai peniaga, sebagai anak, sebagai ibu...dan macam2 lagi...Adakah ini jawapannya??

Dalam diri saya peranan Khalifah, adalah untuk menjaga agama Allah...beribadah di jalan Allah dan memilih jalan Allah...

Ramai dari kita telah salah mendefinasikan khalifah itu sendiri..."master, peniaga, pensayarah, cikgu, pegawai" <<< ini adalah definasi dunia..."title" itu adalah sebenarnya alat untuk kita sebagai khalifah Allah beribadah kepada Allah...

Nah inilah pekara yang telah salah didefinasikan oleh kita sekarang ini...Bukakan mata, title ini hanya laku di dunia tidak diakhirat...Pangkat dan kekayaan hanya laku didunia dan tidak diakhirat...Kebijaksanaan, hanya laku didunia tidak diakhirat...

Anda manusia..saya juga manusia..
Mengapa perlu ditimbang pangkat, kekayaan, kepandaian...
Bukankah kubur kita ditempat yang sama...

Saya ingin mengkongsikan drama khalifah di TV9 baru2 ini

Ianya berkisarkan seorang pemuda bernama Halim, baru menamatkan pengajian dan baru mula bekerja sebagai sales executive disebuah syarikat konkrit...Halim seorang yg rajin bekerja kerana ingin menangung ibunya yang bekerja di kilang dan juga menangung perbelanjaan adiknya yang masih bersekolah...Namun tidak seindah itu, Halim diduga oleh Allah apabila dia melihat sendiri majikan nya yang gembira dengan urusan rasuah, perempuan dan arak..terlintas dalam dirinya "SubhanAllah duit yang aku dapat ini dari duit yang haram"...lalu dengan kesucian iman Halim, Halim mengutuskan surat kepada majikannya sebagai nasihat utk tidak berasuah..akibat perbuatan itu, mereka yang menjalankan duit haram tidak merasa selesa dan halim digantung...setelah itu Halim berjumpa majikan nya seorang Dato.. Mari lihat kata-kata dato' itu...

dato' : awak tidak berhak berkata apa-apa..taraf awak sangat kecil, taraf saya sangat tinggi
             apa yang awak tahu?? saya lebih banyak pengetahuan dari awak...
            Saya seorang yang berpangkat...awak, apa yang awak ada??

halim: jangan terlalu riak dengan kata-kata, saya manusia, dato' juga manusia..
             satu hari saya akan dihitung, dato' juga akan di hitung...
          saya akan mati di kubur 7 kaki panjang 3 kaki lebar, 7 kaki dalam...dato' juga akan
          begitu...

setelah pertengkaran itu, maka halim di pecat dan sukar untuk mendapatkan kerja kerana pengaruh besar dato'...halim dibayangi kata-kata syaitan dari kawannya.."engaku ini kuno tidak pandai bersosial dengan lifestyle kuala lumpur biasala tuh orang melayan klien"...sehari demi sehari halim hilang pertimbangan adakah perbuatan ku salah...mengapa sehingga sekarang aku mendapat kerugian..mungkinkah benar kata-kata kawan ku.......................................

Dari peristiwa Halim, sebagai khalifah Allah jangan lah kita berasa was-was seperti ini...ini hanya hasutan syaitan menguji keimanan kita...

mari lihat ayat Al-quran:

"setan menjanjikan (menakutkan) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu bebuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karunia-Nya kepadamu. Dan Allah maha luas Maha Mengetahui" (Surah Al-Baqrah 2:268)

Mari berfikir, kita selalu di dalam situasi ini apabila merasakan begini "emmm betul juga apa yang dikatakan simpulan itu"...cuba fikirkan, siapa yang berkata begitu??? mengapa perlu diikut??? adakah dia berkata atas dasar cintanya pada Allah??? Rasulullah s.a.w telah mengingati dalam khutbah terakhir baginda..manusia adalah sama apa yang membezakannya adalah amal ibadah nya..maka  perlukah kita mengikut kata-kata dari orang lain....


Kesimpulan
Dunia adalah ladang akhirat...janganlah kita bangga dengan kecantikkan, kekayaan, keseronokkan, pangkat, status dan sebagainya kerana PERANAN khalifah di muka bumi Allah sangat penting bagi akhirat yang abadi...Manusia adalah sama, janganlah bangga dengan keduniaan kerana matlamat hidup di dunia adalh untuk ke syurga akhirat...Pelihara peranan anda dengan menjaga agama Allah...

semoga kita di kalangan khalifah yang mendapt khusnul khatimah...

amin...............

Tuesday, February 23, 2010

AKU JUGA JAHILIYAH.....

pictures: by devian art

Aku Juga Jahiliyah...

Aku Sentiasa Jahil...

Dalam minggu ini saya di bayangi persoalan percintaan dunia dan percintaan pada Allah s.w.t
mana yang lebih aula???

Saya mula dengan percintaan dunia..@ percintaan couple.. mari saya kongsikan kekaguman saya pada beberapa sahabat-sahabat saya yang berjaya melalui percintaan dengan dibatasi oleh hukum syara'...

pertama sahabat saya Miss L, saya amat kagumi percintaan nya tidak terkawal langsung dengan nafsu syaitan..malah beliau lebih giat mengerjakan ibadah Allah s.w.t dari memikirkan soal percintaan...mungkin di sebabkan faktor jarak jaoh mereka membatasi gangguan nafsu itu....Namun saya tetap mengaguminya kerana baginya jodoh itu belum ditentukan lagi buat apa difikir dan membuangkan masa melayan nafsu..lebih baik menghabiskan masa dengan menyertai usrah-usrah..itu lebih bahagia....KAGUM KAGUM KAGUM

kedua sahabat saya mr. T, orang kedua yang saya kagumi, sanggup memutuskan hubungan dengan percintaanya kerana dia merasa percintaanya itu membuatkan dia jaoh dari Allah s.w.t....sungguh mulia hati dan dirimu sahabat....keputusan yang saya boleh katakan sebagai keputusan yang hanya diambil oleh mereka yang betul-betul kuat...sekali lagi KAGUM KAGUM KAGUM

Bagaimana pula dengan saya???

Terasa diri ini terjatuh bila dibayangi soalan ini...kedua-duanya aku sayang...Namun sesungguhnya aku lebih menyayangi mu Ya Allah...


Mari saya kongsikan petikan dari saudara Hilal Asyraf ttg percintaan :

Maka, berdasarkan definisi itu, bagaimanakah hendak bercinta?
 
Pertama sekali, anda kena buang apa-apa sahaja didikan cinta dari drama, filem, novel-novel yang anda baca. Jangan sesekali anda sinonimkan perkataan BERCINTA itu dengan tindakan-tindakan mereka. Pada saya, apa-apa sahaja yang membawa kepada kemurkaan Allah dan boleh melemparkan kita ke neraka, tiada cinta di dalamnya.


Kedua, serius. Tak payah lah nak mengorat tak boleh blah. Nak testing-testing sembang ke apa ke. Bila timbul rasa cinta, maka mulakan dengan menyelidiki latar belakangnya. Boleh tanya ramai orang. Kemudian buat istikharah. Seterusnya bila dah yakin, hubungi terus ibu bapa si dia. Kalau takut, boleh juga terus cakap kat dia, hantar surat ke untuk luahkan bahawa kita memang cinta pada dia dan ingin jumpa ibu bapa dia. Bila dia approve, boleh proceed ke langkah seterusnya.(ada juga orang kata, tackle mak ayah dulu adalah cara yang terbaik)


Ketiga, selepas ibu bapa sudah dimaklumi, baru mulakan perhubungan di bawah pengawasan ibu bapa. Baru mula ta’aruf, baru mula sembang, baru mula berjumpa dan semestinya dalam kondisi yang syar’ie dan terjaga pula adab-adabnya. Bukan berdua-duaan(baik di alam realiti atau alam maya), tiada pula sentuh menyentuh. Membina kesefahaman untuk membangunkan satu keluarga yang diredhai Allah SWT.


Keempat: Percepatkan perkahwinan jika berkemampuan. Jika belum berkemampuan, maka seringlah berhubungan dengan penjaga si pasangan untuk mengeratkan hubungan dan menjaga silaturrahim seterusnya membina kesefahaman dalam rangka untuk menjaga diri sendiri dan mengawal hubungan itu agar kekal di dalam batasan syara’.

Harap saya dan kalian dapat mengikuti step percintaan ini, supaya hati kita tidak gelisah, tidak tenang dan menerima musibah Allah s.w.t....Cinta Allah s.w.t adalah cinta abadi, cinta akhirat adalah cinta abadi...cinta dunia mmg sekjap sekejap sangat.......
Mari mengecapi ketenangan....