Frame Kenangan

Frame Kenangan
"Ya Allah berikan aku sahabat yang selalu mendekatkan diriku dengan diriMu agar aku tidak alpa dengan gurauan Dunia"

Tuesday, February 23, 2010

AKU JUGA JAHILIYAH.....

pictures: by devian art

Aku Juga Jahiliyah...

Aku Sentiasa Jahil...

Dalam minggu ini saya di bayangi persoalan percintaan dunia dan percintaan pada Allah s.w.t
mana yang lebih aula???

Saya mula dengan percintaan dunia..@ percintaan couple.. mari saya kongsikan kekaguman saya pada beberapa sahabat-sahabat saya yang berjaya melalui percintaan dengan dibatasi oleh hukum syara'...

pertama sahabat saya Miss L, saya amat kagumi percintaan nya tidak terkawal langsung dengan nafsu syaitan..malah beliau lebih giat mengerjakan ibadah Allah s.w.t dari memikirkan soal percintaan...mungkin di sebabkan faktor jarak jaoh mereka membatasi gangguan nafsu itu....Namun saya tetap mengaguminya kerana baginya jodoh itu belum ditentukan lagi buat apa difikir dan membuangkan masa melayan nafsu..lebih baik menghabiskan masa dengan menyertai usrah-usrah..itu lebih bahagia....KAGUM KAGUM KAGUM

kedua sahabat saya mr. T, orang kedua yang saya kagumi, sanggup memutuskan hubungan dengan percintaanya kerana dia merasa percintaanya itu membuatkan dia jaoh dari Allah s.w.t....sungguh mulia hati dan dirimu sahabat....keputusan yang saya boleh katakan sebagai keputusan yang hanya diambil oleh mereka yang betul-betul kuat...sekali lagi KAGUM KAGUM KAGUM

Bagaimana pula dengan saya???

Terasa diri ini terjatuh bila dibayangi soalan ini...kedua-duanya aku sayang...Namun sesungguhnya aku lebih menyayangi mu Ya Allah...


Mari saya kongsikan petikan dari saudara Hilal Asyraf ttg percintaan :

Maka, berdasarkan definisi itu, bagaimanakah hendak bercinta?
 
Pertama sekali, anda kena buang apa-apa sahaja didikan cinta dari drama, filem, novel-novel yang anda baca. Jangan sesekali anda sinonimkan perkataan BERCINTA itu dengan tindakan-tindakan mereka. Pada saya, apa-apa sahaja yang membawa kepada kemurkaan Allah dan boleh melemparkan kita ke neraka, tiada cinta di dalamnya.


Kedua, serius. Tak payah lah nak mengorat tak boleh blah. Nak testing-testing sembang ke apa ke. Bila timbul rasa cinta, maka mulakan dengan menyelidiki latar belakangnya. Boleh tanya ramai orang. Kemudian buat istikharah. Seterusnya bila dah yakin, hubungi terus ibu bapa si dia. Kalau takut, boleh juga terus cakap kat dia, hantar surat ke untuk luahkan bahawa kita memang cinta pada dia dan ingin jumpa ibu bapa dia. Bila dia approve, boleh proceed ke langkah seterusnya.(ada juga orang kata, tackle mak ayah dulu adalah cara yang terbaik)


Ketiga, selepas ibu bapa sudah dimaklumi, baru mulakan perhubungan di bawah pengawasan ibu bapa. Baru mula ta’aruf, baru mula sembang, baru mula berjumpa dan semestinya dalam kondisi yang syar’ie dan terjaga pula adab-adabnya. Bukan berdua-duaan(baik di alam realiti atau alam maya), tiada pula sentuh menyentuh. Membina kesefahaman untuk membangunkan satu keluarga yang diredhai Allah SWT.


Keempat: Percepatkan perkahwinan jika berkemampuan. Jika belum berkemampuan, maka seringlah berhubungan dengan penjaga si pasangan untuk mengeratkan hubungan dan menjaga silaturrahim seterusnya membina kesefahaman dalam rangka untuk menjaga diri sendiri dan mengawal hubungan itu agar kekal di dalam batasan syara’.

Harap saya dan kalian dapat mengikuti step percintaan ini, supaya hati kita tidak gelisah, tidak tenang dan menerima musibah Allah s.w.t....Cinta Allah s.w.t adalah cinta abadi, cinta akhirat adalah cinta abadi...cinta dunia mmg sekjap sekejap sangat.......
Mari mengecapi ketenangan....

1 comment:

  1. bagus isi kandungan nya...insya Allah ada jodoh yg terbaek utk kite semua..kerana DIA lebih mengetahui apa yg terbaek utk hamba-Nya..

    ReplyDelete