Frame Kenangan

Frame Kenangan
"Ya Allah berikan aku sahabat yang selalu mendekatkan diriku dengan diriMu agar aku tidak alpa dengan gurauan Dunia"

Saturday, January 30, 2010

Mari berfikir seperti umat Islam, mari berfikir seperti Rasulullah s.a.w



Berfikir seperti Rasuluallah s.a.w..?? Bagaimana?? kita kan manusia biasa...


Ya...memang kita manusia biasa, tapi bukankah Rasulullah juga manusia biasa kan? Apa yang termampu perlu la kita ikuti seperti pesanan yang terdapat dalam khutbah terakhir Rasulullah...


..Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang



...janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan keatas kamu



...Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.



...layanilah wanita-wanita dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.



...ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh..

...wahai manusia tiada Nabi dan Rasul selepasku dan tidak lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia ingatla betul-betul kata-kata ku

...sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dengan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan sunnahku...

Inilah diantara pesanan khutbah terakhir Rasulullah s.a.w, suka saya mengulangkan pesanan terakhirnya iaitu berpegang teguhla dengan Al-Quran dan Sunnahku nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya...

Ya dua alat inilah yang penting dalam hidup kita ianya juga seperti "tools" yang saya katakan sebelum ini...tidak lengkap dalam kehidupan kita seperti pakaian @ handphone @ kereta...mesti ada yang tertanya-tanya, Al-quran..susah la nak bawa ke mana-mana...bagi saya susah ke?? bukankah Al-quran sudah bnyak bentuk yang kecil, pendek, lebar...Namun, apa yang sarankan ialah marilah kita meneliti maksud-maksud dalam tafsir Al-Quran..."Sangat Indah!" Sangat Indah!"...

Dalam Al-quran apa sahaja yang anda ingin tahu tentang kehidupan...kesemuanya tersirat didalam Al-Quran...Suka saya suggestkan kepada anda yang baru ingin menjinakkan diri untuk melihat tafsir Al-Quran mari melihat "Surah Muhammad"...Ianya seperti surat cinta Allah s.w.t kepada rasul kesayangan kita.. Apa sahaja...tentang siapakah kita..apakah matlamat kita?? kesemuanya di dalam surat cinta Allah s.w.t kepada kita...Janganlah malu untuk membawa tafsir Al-quran sesungguhnya ia merupakan buku yang tidak ternilai harganya...........

Seterusnya ialah sunnah ku kata Rasullulah s.a.w...bagaimana nak ikut?? mari kita lihat dari peristiwa Perang Al-Ahzab/perang khandaq...

"perang ini berkisah tentera muslimin berlwan dengan tentera musyrikin quraisy yang bilangan adalah tiga kali ganda...ya tiga kali ganda dari tentera muslimin...Namun tentera muslimin (islam) menang walaupun bilangan yang kecil.."la quwwata illabillah"...saya akan teruskan bercerita mengenai tentera muslimin mempunyai strategi untuk menang dengan membuat parit bagi memisahkan diantara muslimin dan musyrikin..Ianya merupakan cadangan dari salman al-farasi...antara pengajaran yang penting dalam perang al-ahzab ini memperlihatkan kasih sayang baginda terhadap para sahabatnya dimana Rasulullah s.a.w sendiri bersama-sama sahabat dalam melakukan tugas berat membina parit..sewaktu membina parit, Rasulullah s.a.w berasa sangat lapar sehinggakan Jabir RA terpandang ketulan batu yang dibalut dengan kain terikat pada perut baginda..Kerana perasaan yang sedih dan tidak sampai hati Jabir RA segera pulang kerumah dan berbincang dengan isterinya untuk menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w...Jabir hanya mampu menyediakan sedikit roti dan sup seekor kambing yang kerdil lagi kurus..Rasulullah s.a.w dipelawa oleh jabir, sebelum pulang Rasulullah s.a.w telah membuat pengumuman kepada semua para sahabat yang bertugas dimedan khandaq untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh isteri jabir..Rasulullah s.a.w tidak bertujuan mahu menyusahkan ataupun hendak menjatuhkan air muka jabir dan isterinya, tetapi tidak wajar bagi seorang nabi meninggalkan ribuan sahabat yang lain terus bekerja keras dalam kelaparan...Sebagai manusia biasa jabir berfikir dan mengikut kemampuannya yang terbatas, takut makanan yang disediakan tidak mencukupi..Namun, berbeza dari Rasulullah s.a.w berfikir punca dan segala sebab adalah daripada Allah s.w.t (Muhassibul Asbab).. Lalu Allah s.w.t mendatangkan keberkatan yang sedikit itu hingga cukup dimakan oleh ribuan alhi medan khandaq, merka berasa cukup kenyang dengan makanan yang sedikit itu dan terdapat pula lebihan dari makanan yang cukup"...

Dari kisah diatas saya ingin mengajak kalian semua untuk berfikir seperti Rasulullah dimana dahulukan lah sahabat-sahabat kita walaupun kita berada dalam kesusahan..seterusnya berfikirlah seprti Rasulullah s.a.w yang berfikir punca segala sebab adalah daripada Allah s.w.t (Muhassibul Asbab)...Allah maha mengetahui segalanya dan Allah menurunkan nikmatNya sekirannya kita menolong orang lain...

Mari lihat ayat Al-quran..

"Hai manusia, sungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang plaing mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal" (surah Al-Hujrat 49:31)

Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal perbuatan kita...oleh itu marilah bergerak ke perubahan, biarlah hipokrit kepada kebenaran..Biarkan manusia yang lemah dan akalnya cetek itu menilai, apa yang lagi penting adalah penilaian Allah s.w.t kerana Dia mengetahui tiap-tiap satu yang kita lakukan.....

Friday, January 29, 2010

Apa Yang Kau Tahu??


Hidayah...saya akan mulakan dengan hidayah, kerana dengan HidayaMu Allah





Penawar derita,
Siraman iman subur keinsafan,
Membersihkan jiwa yang ternoda,
Melakar kasih menjadi titian ke syurga...





Ramai memperkatakan bagaimana nak dapat hidayah ini?? Apa perasaan bila dapat?? Apa pula cerita disebalik hidayah itu???

Mari saya akan kongsikan...
Ianya bermula dengan kedukaan, dugaan yang hebat, kecelaruan, dan pelbagai lagi rasa kesedihan..huh mesti kalian tertanya-tanya hidayah? kenapa bermula dengan kesedihan pula sepatutnya hidayah bermula dengan kelapangan dada kesenangan dan kegembiraan??..Maaf, inilah realitinya ianya bermula dengan pelbagai kesedihan ataupun lebih manis jika dikatakan sebagai dugaan dan ujian dari Maha Esa...Masya ALLAH la quwwata illah billah (sungguh atas kehendak Allah kesemua ini wujud), sebagai manusia attau lebih dekat lagi khalifah Allah dan juga umat islam inilah realitinya kita tidak boleh lari dari dugaan atau lebih manis lagi dugaan ini seperti "pakaian @ handphone @ apa-apa sahaja yang anda rasa tidak lengkap hidup ini" ..Mungkin kalian menganggap dugaan ini membebankan tidak suka pada dugaan kerana ia membuat kegembiraan menjadi kesedihan, aktiviti kebiasaan menjadi kejanggalan bagi anda, namun percayalah bahawa dugaanlah yang mengembalikan kegembiraan yang tidak pernah ada dalam sejarah hidup anda, dugaan jugalah membuatkan kita merasakan kita lah umat @ manusia yang paling disayangi ALLAH dan hati menjadi tenang seperti ketenangan di tengah lautan...




"Barangsiapa yang dikhendaki oleh ALLAH akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman" (Surah Al-Anam 6:125)




Maka ingin saya memperingatkan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat saya sukalah pada dugaan sedarlah pada dugaan Allah dan bertaubat pada Allah kerana Allah ingin menyedarkan umatnya yang leka... itulah tanda kasih sayangNya, marilah kita tunjukkan pula kasih sayang kita padaNya..




Terdapat dua cara dalam menunjukkan kasih sayang kita pada Allah s.w.t , pertama menjaga Ibadah dan menjadi Hamba Allah dengan menjaga islam...
Bagaimana pula nak menjaga ibadah tu sahabat?
ade pelbagai cara nak menjaga ibadah bukan la sekadar solat-solat wajib kita jer, emm macam-macam cara..mungkin anda lebih mengetahui dari saya..Alhamdullilah dengan keizinan Allah mari bergerak pula kepada solat-solat sunat dan bersedekah pula...huh bersedekah atau menolong orang...




Diceritakan oleh seorang sahabat saya:
"suatu hari dia mahu pulang ke pengajian beliau, sedang menanti bas ada pula seorang wanita agak berumur bertanya.."Nak macam mana nak pergi ke serdang untuk photostat/print dsb, lalu dia pon menunjuk arah..Namun si makck tidak faham lalu si dia mengeluarkan kertas dan melukis peta...sedang melukis peta bus yang ditunggu sudah sampai, si dia tidak dapat menghabiskan peta yang dilukis lalu menaiki bas....." (Si dia merasakan 1000 penyesalan)"




Dari kisah diatas ingin saya mengajak diri saya sendiri dan kalian sahabat-sahabat saya murahkan lah dengan bersedekah..Janganlah terikut dengan bisikan syaitan yang mengatakan "Eh cepat-cepat bas dah sampai cepat naik bas, nanti kau akan lambat"...mari kita lihat dari ayat Al-Quran...




"Orang yang meninfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, mereka dpt pahala disisi Allah. Tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati" (Surah Al-Baqarah 2:274)




Dari ayat di atas Allah s.w.t telah berkata tidak ada rasa takut pada mereka..yakni dari cerita tadi jika dia menolong makcik tuh si dia akan hilang rasa takut sekiranya bas seterusnya tidak datang maka hati kita pun akan merasa gembira kerana dapat tolong orang..

Marilah sama-sama kita mengali keindahan menjadi umat islam sebenar marilah kita menjejaki sejarah islam kita setelah mengetahui sejarah melayu kita... marilah! marilah!




"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendegarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, malah lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lengah-lengah" (surah Al-A'raf 7:179)..