Frame Kenangan

Frame Kenangan
"Ya Allah berikan aku sahabat yang selalu mendekatkan diriku dengan diriMu agar aku tidak alpa dengan gurauan Dunia"

Sunday, February 28, 2010

DIRI INI MASIH RINDUKAN MU WALAUPUN 12 RABIULAWAL TELAH BERLALU.....

picture dari langitilahi.com

15 Rabiulawal hari ini....bukan tidak rindu 12 Rabiulawal...tapi semakin, semakin hati ini sedih dan rindu.....
Air menitis sebelum 12 rabiulawal lagi, bahkan bila menjelang 12 rabiulawal lagi tidak dapat menahan kerinduan ini...

Ya Rasulullah, engkau sungguh mulia...peribadimu tiada tandingan...ku rindukanmu setiap saat...mengapa engkau tidak berada di dunia ini lagi...melihat umatmu, diriku......
sebak bila hati terkenangkan kata-kata kerinduan Rasulullah...antaranya:


Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya aku merindui ikhwanku”

Sahabat-sahabat bertanya: “Siapakah Ikhwanmu ya Rasulullah?”

“Mereka yang tidak pernah melihatku, tetapi berpegang teguh pada ajaranku”

Baginda merindui kita. Apakah kita merindui baginda?

Rasulullah SAW pada saat nazak, bertanya kepada Jibril AS,

“Wahai Jibril, apakah yang telah Allah sediakan untuk ummatku?”

Tidak baginda bertanya apakah Allah telah sediakan untuknya, apakah balasan Allah untuk 
segala pengorbanannya, apakah bentuk nikmat akan dia perolehi di syurga sana. Tetapi saat-saat akhir hayatnya, baginda bertanyakan keadaan kita.

“Ummati, ummati, ummati…” Itulah yang baginda sebutkan saat-saat hendak berpisah dengan dunia fana ini. Kita mengetahui bahawa, kematian itu sakitnya ibarat ditusuk 3000 pedang. Rasulullah SAW sendiri menyatakan satu sabdanya: “Wahai Aisyah, sesungguhnya sakarat itu sangat menyakitkan”

Tetapi pada saat itu, kita yang disebutkan baginda.

Apakah yang telah kita lakukan dengan kecintaan baginda ini?

Ada yang dicerita oleh sahabat usrah saya, jibril as telah datang ke neraka dan bertanyakan kepada malik as...dan mengatakan ya malik aku ingin memasuki neraka dan melihat mereka yang ada didalam neraka...

lalu di dalam neraka, jibril as melihat manusia meronta-ronta meminta pertolongan pada malik..ya malik, ya malik, ya malik tolonglah...Namun sapaan itu tidak dijawab oleh Malik, sapaan malik hanya dijawab pada 1000 tahun sekali sahaja....

Kemudian jibril berkata pada penghuni neraka, mengapakah kamu tidak meminta pertolongan pada Nabi mu...dia yang memberi syafaat padamu....lalu penghuni neraka memanggil nama nabi mereka, Ya Nabi ku Ya...Nabi ku....Hampa....mereka tidak ingat siapakah nabi mereka... 

Lalu pengkhabaran diberitahu pada Nabi Muhammad, lalu Nabi muhammad s.a.w pergi berjumpa malik...Ya Malik aku ingin melihat ummatku yang ada di dalam neraka...Nabi dengan kata yang sedih...sebutlah nama ku, aku nabi mu Muhammad s.a.w, aku nabi mu Muhammad s.a.w... lalu penghuni neraka yang menyebutnya di selamatkan oleh muhammad lalu masuk ke syurga...

Nah ini lah syafaat Nabi Muhammad s.a.w...ingatlah Rasulullah..sematkan lah kerinduan didalam hati kita...indah sungguh indah....... 

 

Saturday, February 27, 2010

Khalifah....Anda Juga Khalifah....


Allah menciptakan manusia....

Mari mulakan dgn ayat indah dari Allah s.w.t :

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi" Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?"Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah : 2:30)

Dan inilah kita khalifah Allah atau dalam bahasa dunia nya manusia.....Mari ajukan satu persoalan..Apakah peranan manusia??

oh bukan, Apakah peranan khalifah???

Disini perlu lah kita jelas bahawa Allah menjadikan kita hanya untuk dua perkara pertama :beribadah kepadanya, kedua: sebagai khalifah...

Saya ingin berkongsi tentang khalifah setelah menghadiri usrah tempoh hari yang lalu..

Maka ada yang menjawab, khalifah sebagai budak master, sebagai peniaga, sebagai anak, sebagai ibu...dan macam2 lagi...Adakah ini jawapannya??

Dalam diri saya peranan Khalifah, adalah untuk menjaga agama Allah...beribadah di jalan Allah dan memilih jalan Allah...

Ramai dari kita telah salah mendefinasikan khalifah itu sendiri..."master, peniaga, pensayarah, cikgu, pegawai" <<< ini adalah definasi dunia..."title" itu adalah sebenarnya alat untuk kita sebagai khalifah Allah beribadah kepada Allah...

Nah inilah pekara yang telah salah didefinasikan oleh kita sekarang ini...Bukakan mata, title ini hanya laku di dunia tidak diakhirat...Pangkat dan kekayaan hanya laku didunia dan tidak diakhirat...Kebijaksanaan, hanya laku didunia tidak diakhirat...

Anda manusia..saya juga manusia..
Mengapa perlu ditimbang pangkat, kekayaan, kepandaian...
Bukankah kubur kita ditempat yang sama...

Saya ingin mengkongsikan drama khalifah di TV9 baru2 ini

Ianya berkisarkan seorang pemuda bernama Halim, baru menamatkan pengajian dan baru mula bekerja sebagai sales executive disebuah syarikat konkrit...Halim seorang yg rajin bekerja kerana ingin menangung ibunya yang bekerja di kilang dan juga menangung perbelanjaan adiknya yang masih bersekolah...Namun tidak seindah itu, Halim diduga oleh Allah apabila dia melihat sendiri majikan nya yang gembira dengan urusan rasuah, perempuan dan arak..terlintas dalam dirinya "SubhanAllah duit yang aku dapat ini dari duit yang haram"...lalu dengan kesucian iman Halim, Halim mengutuskan surat kepada majikannya sebagai nasihat utk tidak berasuah..akibat perbuatan itu, mereka yang menjalankan duit haram tidak merasa selesa dan halim digantung...setelah itu Halim berjumpa majikan nya seorang Dato.. Mari lihat kata-kata dato' itu...

dato' : awak tidak berhak berkata apa-apa..taraf awak sangat kecil, taraf saya sangat tinggi
             apa yang awak tahu?? saya lebih banyak pengetahuan dari awak...
            Saya seorang yang berpangkat...awak, apa yang awak ada??

halim: jangan terlalu riak dengan kata-kata, saya manusia, dato' juga manusia..
             satu hari saya akan dihitung, dato' juga akan di hitung...
          saya akan mati di kubur 7 kaki panjang 3 kaki lebar, 7 kaki dalam...dato' juga akan
          begitu...

setelah pertengkaran itu, maka halim di pecat dan sukar untuk mendapatkan kerja kerana pengaruh besar dato'...halim dibayangi kata-kata syaitan dari kawannya.."engaku ini kuno tidak pandai bersosial dengan lifestyle kuala lumpur biasala tuh orang melayan klien"...sehari demi sehari halim hilang pertimbangan adakah perbuatan ku salah...mengapa sehingga sekarang aku mendapat kerugian..mungkinkah benar kata-kata kawan ku.......................................

Dari peristiwa Halim, sebagai khalifah Allah jangan lah kita berasa was-was seperti ini...ini hanya hasutan syaitan menguji keimanan kita...

mari lihat ayat Al-quran:

"setan menjanjikan (menakutkan) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu bebuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karunia-Nya kepadamu. Dan Allah maha luas Maha Mengetahui" (Surah Al-Baqrah 2:268)

Mari berfikir, kita selalu di dalam situasi ini apabila merasakan begini "emmm betul juga apa yang dikatakan simpulan itu"...cuba fikirkan, siapa yang berkata begitu??? mengapa perlu diikut??? adakah dia berkata atas dasar cintanya pada Allah??? Rasulullah s.a.w telah mengingati dalam khutbah terakhir baginda..manusia adalah sama apa yang membezakannya adalah amal ibadah nya..maka  perlukah kita mengikut kata-kata dari orang lain....


Kesimpulan
Dunia adalah ladang akhirat...janganlah kita bangga dengan kecantikkan, kekayaan, keseronokkan, pangkat, status dan sebagainya kerana PERANAN khalifah di muka bumi Allah sangat penting bagi akhirat yang abadi...Manusia adalah sama, janganlah bangga dengan keduniaan kerana matlamat hidup di dunia adalh untuk ke syurga akhirat...Pelihara peranan anda dengan menjaga agama Allah...

semoga kita di kalangan khalifah yang mendapt khusnul khatimah...

amin...............

Tuesday, February 23, 2010

AKU JUGA JAHILIYAH.....

pictures: by devian art

Aku Juga Jahiliyah...

Aku Sentiasa Jahil...

Dalam minggu ini saya di bayangi persoalan percintaan dunia dan percintaan pada Allah s.w.t
mana yang lebih aula???

Saya mula dengan percintaan dunia..@ percintaan couple.. mari saya kongsikan kekaguman saya pada beberapa sahabat-sahabat saya yang berjaya melalui percintaan dengan dibatasi oleh hukum syara'...

pertama sahabat saya Miss L, saya amat kagumi percintaan nya tidak terkawal langsung dengan nafsu syaitan..malah beliau lebih giat mengerjakan ibadah Allah s.w.t dari memikirkan soal percintaan...mungkin di sebabkan faktor jarak jaoh mereka membatasi gangguan nafsu itu....Namun saya tetap mengaguminya kerana baginya jodoh itu belum ditentukan lagi buat apa difikir dan membuangkan masa melayan nafsu..lebih baik menghabiskan masa dengan menyertai usrah-usrah..itu lebih bahagia....KAGUM KAGUM KAGUM

kedua sahabat saya mr. T, orang kedua yang saya kagumi, sanggup memutuskan hubungan dengan percintaanya kerana dia merasa percintaanya itu membuatkan dia jaoh dari Allah s.w.t....sungguh mulia hati dan dirimu sahabat....keputusan yang saya boleh katakan sebagai keputusan yang hanya diambil oleh mereka yang betul-betul kuat...sekali lagi KAGUM KAGUM KAGUM

Bagaimana pula dengan saya???

Terasa diri ini terjatuh bila dibayangi soalan ini...kedua-duanya aku sayang...Namun sesungguhnya aku lebih menyayangi mu Ya Allah...


Mari saya kongsikan petikan dari saudara Hilal Asyraf ttg percintaan :

Maka, berdasarkan definisi itu, bagaimanakah hendak bercinta?
 
Pertama sekali, anda kena buang apa-apa sahaja didikan cinta dari drama, filem, novel-novel yang anda baca. Jangan sesekali anda sinonimkan perkataan BERCINTA itu dengan tindakan-tindakan mereka. Pada saya, apa-apa sahaja yang membawa kepada kemurkaan Allah dan boleh melemparkan kita ke neraka, tiada cinta di dalamnya.


Kedua, serius. Tak payah lah nak mengorat tak boleh blah. Nak testing-testing sembang ke apa ke. Bila timbul rasa cinta, maka mulakan dengan menyelidiki latar belakangnya. Boleh tanya ramai orang. Kemudian buat istikharah. Seterusnya bila dah yakin, hubungi terus ibu bapa si dia. Kalau takut, boleh juga terus cakap kat dia, hantar surat ke untuk luahkan bahawa kita memang cinta pada dia dan ingin jumpa ibu bapa dia. Bila dia approve, boleh proceed ke langkah seterusnya.(ada juga orang kata, tackle mak ayah dulu adalah cara yang terbaik)


Ketiga, selepas ibu bapa sudah dimaklumi, baru mulakan perhubungan di bawah pengawasan ibu bapa. Baru mula ta’aruf, baru mula sembang, baru mula berjumpa dan semestinya dalam kondisi yang syar’ie dan terjaga pula adab-adabnya. Bukan berdua-duaan(baik di alam realiti atau alam maya), tiada pula sentuh menyentuh. Membina kesefahaman untuk membangunkan satu keluarga yang diredhai Allah SWT.


Keempat: Percepatkan perkahwinan jika berkemampuan. Jika belum berkemampuan, maka seringlah berhubungan dengan penjaga si pasangan untuk mengeratkan hubungan dan menjaga silaturrahim seterusnya membina kesefahaman dalam rangka untuk menjaga diri sendiri dan mengawal hubungan itu agar kekal di dalam batasan syara’.

Harap saya dan kalian dapat mengikuti step percintaan ini, supaya hati kita tidak gelisah, tidak tenang dan menerima musibah Allah s.w.t....Cinta Allah s.w.t adalah cinta abadi, cinta akhirat adalah cinta abadi...cinta dunia mmg sekjap sekejap sangat.......
Mari mengecapi ketenangan....

Sunday, February 21, 2010

DE BULAN

Saya berhajat untuk menjalankan Bisnes...

Demi Allah s.w.t dan ikutan sunnah Rasulullah s.a.w untuk menjalankan perniagaan / berdagang..

emm tapi, saya rasa saya perlu beristhikharah dahulu..

semoga jalan yang saya pilih ini diredhai oleh Allah s.w.t

dan semoga Allah s.w.t membukakan pitu rezeki yang melimpah ruah..

semoga juga dalam hati ini tertanam rasa sifat rendah diri, besyukur, tiada rasa tamak dalam diri...dan melakukannya kerana percaya Allah memberi rezeki pada mereka yang mencari rezeki  di jalan Allah s.w.t


saya pohon doa dari sahabat-sahabat...agar diri ini tidak pernah berputus asa..

-amin-

Baking Project

Assalamualaikum..w.b.t


Alhamdullilah..hari ini agak "best" dalam hidup saya...huh ini dia seketul kek yang telah di hias sendiri oleh saya


 

Tada...ini la hasilnya..emm mmg sedap buttercream ni..tidak berminyak dan tidak muak bila dimakan..

Alhamdullilah.....


emm tetapi agak kurang senang bila terlewat solat...sbb terlalu khusyuk membuat kek...

kadang2 Allah ujikan lagi iman kita dengan berasa begini...

"eh da pukol 2.30 pm...bila kelas nak berhenti sembahyang"....

emm kadang2 terpikir..mcam mane la saya nak handle situasi cam ni...
emm kalo di tempat kerja plak....emm meeting..macam mane plak nak skip meeting utk solat pada waktu yang tempat...

emm bnyak persoalan...

Tapi macam mana caranya nak handle??

emm semua pon bergantung pada iman kita sendiri....

"nak seribu daya kan..taknak seribu dalih"...

semoga kita menjaga iman dengan solat pada waktunya.........


-Amin-




 

Saturday, February 6, 2010

KESENANGAN VS KESUSAHAN...


Manakah yang anda pilih???

Menjadi Pensyarah atau OKU???

disebelah kiri kenikmatan dan disebelah kanan kesusahan....

Mari bayangkan anda menjadi pensyarah??...Apakah yang akan anda imagine kan?? imagine tentang kereta yang hendak dipakai?? imagine tntang rumah besar yang akan dibeli??...Ya saya juga membayangkan sebegitu sejenak, itulah bayangan syaitan...

Namun pernah tefikir kah anda bahawa pekerjaan yang dikurniakan Allah s.w.t itu merupakan tanggungjawab olehNya..Definisi ini Ialah seperti saya sekarang menjadi seorang pelajar...Apakah perbezaan antara pelajar muslim dan muslim yang sedang belajar???

Pelajar muslim hanyalah pada status sahaja, namun zero dari tanggungjawab...Namun menjadi muslim yang sedang belajar merupakan tanggungjawab...Yakni, muslim yang belajar perlulah belajar dari sudut perspektif islam juga yakni Helicopter view...Sudah bnyak teori-teori barat yang menutup teori Islam...bukankah kalian orang islam tahu, teori islam ibn khaldun, ibn sina telah wujud dahulu dari teori2 barat...Memang diakui sangat susah untuk mengembalikan teori Islam... Tapi apakah effort kita???

Bagaimana pula menjadi muslim yang pensyarah??? Ini yang dibayangkan oleh saya sekiranya saya menjadi pensyarah....

1st class - Introduction of subject (15-minutes), Aggregration of work courses (10-minutes) dan selebihnya saya akan gunakan tentang pengisian dari perspektif islam terhadap topik yang dibincang...bukankah ia lebih menarik...kalaulah saya diberi kesempatan diajar oleh lecturer yang mengajar seperti diatas... "Tidur dalam kelas sangat MERUGIKAN"

so inilah definisi tanggungjawab..pekerjaan hanya sekadar medium kita untuk beribadah...pada kalian yang lain yang menjadi Engineer? Doctor? Ahli muzik? apakah cara ibadah anda dengan medium ini???

Mari lihat ayat Al-quran :

.."Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (Agama), niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"...(Surah Muhammad 47:7)..


Jika OKU??

Saya juga sedang memikirkan...

Kuatkah kita menempuhi segalanya....??

Namun kekuatan itukan dari Allah s.w.t ...

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu" (surah Muhammad 47:31)

Bila merenung ayat ini, tiba-tiba kekuatan itu datang jika menjadi OKU...ujian untuk orang yang benar-benar bersabar...

Mari kita panjatkan kesyukuran buat pencipta yang tersayang Allah s.w.t...