Frame Kenangan

Frame Kenangan
"Ya Allah berikan aku sahabat yang selalu mendekatkan diriku dengan diriMu agar aku tidak alpa dengan gurauan Dunia"

Thursday, March 4, 2010

SEJARAH MELAYU ATAU SEJARAH ISLAM?? Mana yang anda Pilih??

Saya mulakan topik ini dengan persoalan...

Sila lah jawab... Jika anda di luar negara, negara yang tidak di kenali namanya...seorang yang berpakaian seperti red indian menegur anda... Who are you???

Ape yang anda akan jawab agaknya ya...Rasanya dia tahu ke Melayu??

Sebenarnya kisah ini pernah terjadi pada sahabat usrah saya yang belajar di UK dahulu...Pada mulanya dia ade terfikir jugak emm si mamat red indian nih cam tak tahu je Melayu, lantas dia berkata I am Muslim....Lalu si mamat red indian ini termalu sendiri....aii kenapa nak malu kan??? Sebab dia tahu pasal Islam, islam tidak suka pada pakaian yang terbuka...dia faham akan adab islam.....


So sekali lagi saya akan tanya pada anda...Who are you???


so jawablah anda I am Muslim......

Saya ingin ajukan soalan seterusnya..sejarah mana yang datang dahulu?? sejarah melayu atau sejarah islam???

Islam harus dikembalikan....

Kisah Islam bermula dengan lebih 1400 tahun dahulu.....

Di gua Hira' Muhammad didatangi Jibril....

Jibril berkata pada baginda...Bacalah, Bacalah........


"Bacalah dengan Nama TuhanMu yang menciptakan...Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan TuhanMu lah yang Maha Mulia......


kemudian...Baginda dilantik menjadi Rasul utusan Allah, dan bermulalah dakwah baginda menyeru umat menyembah Tuhan yang Esa....

Zaman Kota Mekah dan Madinah

**** 625 masihi perang badar meletus iaitu peperangan pertama didalam sejarah umat islam
**** 313 muslimin menentang 1000 musyrikin
**** Namun kemenangan berpihak kepada umat islam
**** 631 Masihi pembukaan semula kota mekah, kerana musyrikin mekah gagal mematuhi perjanjian hudaibiyah
**** 360 berhala dimusnahkan (latta dan uzza juga hancur berkecai)


Zaman Khulafa' Ar-rasyidin:


selepas baginda wafat pada 632 masihi perjuangan disambung oleh para sahabt dan islam berkembang dengan pesat


****633 masihi pengumpulan Al-Quran dimulakan
****638 Masihi dibawah pemerintahan Khalifah Umar tentera Muslimin menawan Baitul Maqdis yang sebelumnya di bawah pemerintahan Empayar Byzantium


Zaman Bani Umaiyah:


661 Masihi Khalifah Muawiyah mengasaskan Dinasti Umaiyyah.....
Ilmu pula berkembang pesat di bawah pemerintahan khalifah Umar Abd Aziz...
Berkembangnya seni ukiran di Masjid Ummayad, Damsyik, Syria...
Di Tunisia, orang arab mereka sistem pengasingan air dan bendasing...yang mengaplikasikan fenomena tarikan graviti...Merka juga membina sistem pengairan kincir air untuk tanaman-tanaman mereka...


Zaman Abbasiyah:


752 Masihi zaman pemerintahan abasiyah bermula
763 Masihi penubuhan kota baghdad...
786 Masihi dikenali sebagai zaman keemasan abasiyah, pada zaman pemerintahan khalifah harun al-rasyid dan anaknya al-makmun
Pada ketika ini baitul hikamh didirikan iaitu dengan mempunyai setengah juta buku dijilid dan 36 buat perpustakaan dan memerlukan sebanyak 120-400 ekor unta untuk memindahkan kesemua buku ini...
800 Masihi kaedah saitifik dicipta, Al-Khawarizami mengasaskan al-gebra dan ilmu falak bermula...Fibonacci dan Master Jacob tertarik dengan pemikiran beliau...Buku Al-Razi dan Al-Asrar diterjemahkan kedalam bahasa latin dan menjadi rujukan kimia di barat, Teori Al-kindi  dalam bidang optik telah mempengaruhi seseorang pakar mata barat, Roger Bacon..Pada Zaman ini juga bilangan doktor juga sangatlah ramai, sehinggakan mereka yang ingin menjadi doktor juga harus ditapis...Penterjemahan buku ke dalam tamadun lain juga giat dilakukan


Di Andalusia pula kerajaan Bani Umayyah sepanyol telah diasaskan pada 756 Masihi..
Cordoba menjadi pusat ilmu pada kurun 10 masihi ...
Terdapat sebuah Universiti dan perpustakaan yang besar menajdi tumpuan seluruh dunia, juga menjadi pusat ekonomi antarabangsa seluruh dunia suatu ketika dahulu.....
1000 Masihi masjid cordoba dibina dengan menampilkan seni bina yang unik dan seni ukiran yang halus....
1238 Masihi istana Alhambra Granada di bina menjadi tempat kediaman kerajaan Nasrid dan terukir kata-kata "Walla Gholabu Allallah" yang bermaksud "Tiada  penakluk yang  berkuasa melainkan Allah"...sebagai peringatan bahawa kehebatan mereka hanyalah kecil berbanding Allah...
Ilmu-ilmuan baghdad dan Andalus berjaya mengharmonikan falsafah yunani tua  dengan tamaun islam dan membuka mata orang-orang barat sehingga mencetuskan suatu zaman...Yang dikenali sebagai Zaman Renaissance.....

Namun ketika ini kerajaan islam jatuh akibat serangan tentera monghul dan segala buku-buku dihanyutkan ke sungai hinggakan sungai menjadi hitam akibat dakwat dari buku... 


Zaman Turki Uthmaniyah


***1187 Masihi Baitul Maqdis ditawan semula oleh salahuddin Al-Ayubbi dan tenteranya dibawah pemerintahannya....umat islam disatukan dari lembah Nil ke lembah Furat...
***1192 Masihi, Eropah menghantar satu lagi tentera yang lebih besar tetapi juga kalah..Dalam peperangan salib ini ketokohan salahuddin menyebabkan kaum muslimin patuh pada arahannya..Orang-orang Arab dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri..apabila diajak berjihad , salahuddin ternyata berjaya menyatukan mereka..sehingga tiada yang memberontak sewaktu pemerintahannya....


1453 Masihi Sulatan Muhammed Al-fateh menawan konstantinanpel, usaha menjatuhkan bandar ini gagal dilakukan selama 800 tahun sehinggalah kemunculan raja ini yang berusia 24 tahun ketika itu...Baginda mengupah jurutera bangsa hugary untuk mencipta meriam dan berjaya menembak peluru seberat 300 kg dengan sejauh 1 batu...Bagindalah yang disebutkan dalam hadis Nabi sebagai "sebaik baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera ketika itu"...




so Inilah sejarah islam...mulanya oleh Nabi Muhammad S.A.W...Ianya naik pada awalnya dan mula jatuh pada zaman abasiyah sehingga sekarang makin jatuh..Mari lihat Graf...

 
Kemudian Kita Analisis pula ya...

Saya ingin tanyakan pada anda..anda lihat rajah di atas betul-betul...selepas kerajaan turki uthmaniyah geraf menjadi jatuh sehingg kini...Islam jatuh, ya islam dah jatuh....

Cuba Lihat lagi...Islam sudah jatuh semula seperti zaman mana??? cuba lihat teliti....

Lihat Lagi....dan Lagi....


Dapat jawapan???? Betul....sekarang zaman kita seperti zaman jahiliyah di mekah...sedih bukan.. Kurangnya dakwah, ada bukan tiada dakwah...
sekarang saya ajukan bagaimana daulah kita... iaitu hukum islam kita??? adakah diikuti??? jawab dalam hati sahaja....

saya katakan kita ada hukum islam tapi hanya sekadar kata nama....Ia kata nama sahaja...

Bagaimana dengan tamadun islam...?? ada seperti zaman umaiyah?? ada seperti zaman abasiyah??? ilmu, ekonomi dan lain-lain dalam perspektif islam???? tiada..tiada bukan kita amik teori barat kita ikut teori barat....

teori barat diorang rujuk dimana??? Al-Quran?????

sedih bukan...

Lihat semula saya hendak anda dibayangi oleh ini

Zaman Jahiliyah Mekah merupakan Era Kebodohan, Jahiliyyah sebenarnya adalah suatu sikap atau keadaan masyarakat pada umumnya yang bodoh terhadap nilai-nilai Islam, ataupun secara mudah mereka bodoh terhadap nilai perhambaan seorang manusia kepada Allah yakni akan tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah. Maka apa perbezaan dengan kita sekarang????


Dah rasa bersemangat atau sayang Islam???
Cari peranan anda dalam menolong Agama Allah agama kita, asal usul kita...

Tamadun islam perlu dibangkitkan semula...sekarang ni tamadun barat giat dalam pemikiran kita mereka gunakan media sebagai melalaikan kita....

saya ada satu cerita....

Semasa perang salib, raja perancis King Louis di tawan oleh tentera islam dan di masukkan dalam penjara...Satu hari disebalik tingkap dalam penjara, king louis melihat tentera-tentera islam di luarnya...Dalam pemikirannya, emmm susahnya nak menawan orang islam, orang islam rela berperang kerana ingikan mati syahid, Maka peperangan bukan jalan untuk menawan islam...lalu dia menganalisis apakah yang menyebabkan orang islam sukar ditawan??

Ini hasilnya ....King Louis melihat orang islam tidak pernah lekang dengan Al-Quran dan cara lain ialah secara psikologi....Ya cara psikologi yang orang barat gunakan sekarang sehingga islam leka, media <<< ini jawapannya....hiburan yang terlampau, cerita novel yang melampau-lampau sehingga tgklah kita sekarang...tengoklah kita je....

tengok sendiri remaja sekarang...kesiankan mereka..anda yang sedar?? anda yang cikgu, anda yang ibu dan bapa, anda yang pensyarah, anda yang majikan....


Mana Al-quran anda????

Sila ubah status anda...Anda bukan melayu tapi anda MUSLIM...
ANDA ISLAM.............................................


















No comments:

Post a Comment