Frame Kenangan

Frame Kenangan
"Ya Allah berikan aku sahabat yang selalu mendekatkan diriku dengan diriMu agar aku tidak alpa dengan gurauan Dunia"

Friday, January 29, 2010

Apa Yang Kau Tahu??


Hidayah...saya akan mulakan dengan hidayah, kerana dengan HidayaMu Allah





Penawar derita,
Siraman iman subur keinsafan,
Membersihkan jiwa yang ternoda,
Melakar kasih menjadi titian ke syurga...





Ramai memperkatakan bagaimana nak dapat hidayah ini?? Apa perasaan bila dapat?? Apa pula cerita disebalik hidayah itu???

Mari saya akan kongsikan...
Ianya bermula dengan kedukaan, dugaan yang hebat, kecelaruan, dan pelbagai lagi rasa kesedihan..huh mesti kalian tertanya-tanya hidayah? kenapa bermula dengan kesedihan pula sepatutnya hidayah bermula dengan kelapangan dada kesenangan dan kegembiraan??..Maaf, inilah realitinya ianya bermula dengan pelbagai kesedihan ataupun lebih manis jika dikatakan sebagai dugaan dan ujian dari Maha Esa...Masya ALLAH la quwwata illah billah (sungguh atas kehendak Allah kesemua ini wujud), sebagai manusia attau lebih dekat lagi khalifah Allah dan juga umat islam inilah realitinya kita tidak boleh lari dari dugaan atau lebih manis lagi dugaan ini seperti "pakaian @ handphone @ apa-apa sahaja yang anda rasa tidak lengkap hidup ini" ..Mungkin kalian menganggap dugaan ini membebankan tidak suka pada dugaan kerana ia membuat kegembiraan menjadi kesedihan, aktiviti kebiasaan menjadi kejanggalan bagi anda, namun percayalah bahawa dugaanlah yang mengembalikan kegembiraan yang tidak pernah ada dalam sejarah hidup anda, dugaan jugalah membuatkan kita merasakan kita lah umat @ manusia yang paling disayangi ALLAH dan hati menjadi tenang seperti ketenangan di tengah lautan...




"Barangsiapa yang dikhendaki oleh ALLAH akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman" (Surah Al-Anam 6:125)




Maka ingin saya memperingatkan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat saya sukalah pada dugaan sedarlah pada dugaan Allah dan bertaubat pada Allah kerana Allah ingin menyedarkan umatnya yang leka... itulah tanda kasih sayangNya, marilah kita tunjukkan pula kasih sayang kita padaNya..




Terdapat dua cara dalam menunjukkan kasih sayang kita pada Allah s.w.t , pertama menjaga Ibadah dan menjadi Hamba Allah dengan menjaga islam...
Bagaimana pula nak menjaga ibadah tu sahabat?
ade pelbagai cara nak menjaga ibadah bukan la sekadar solat-solat wajib kita jer, emm macam-macam cara..mungkin anda lebih mengetahui dari saya..Alhamdullilah dengan keizinan Allah mari bergerak pula kepada solat-solat sunat dan bersedekah pula...huh bersedekah atau menolong orang...




Diceritakan oleh seorang sahabat saya:
"suatu hari dia mahu pulang ke pengajian beliau, sedang menanti bas ada pula seorang wanita agak berumur bertanya.."Nak macam mana nak pergi ke serdang untuk photostat/print dsb, lalu dia pon menunjuk arah..Namun si makck tidak faham lalu si dia mengeluarkan kertas dan melukis peta...sedang melukis peta bus yang ditunggu sudah sampai, si dia tidak dapat menghabiskan peta yang dilukis lalu menaiki bas....." (Si dia merasakan 1000 penyesalan)"




Dari kisah diatas ingin saya mengajak diri saya sendiri dan kalian sahabat-sahabat saya murahkan lah dengan bersedekah..Janganlah terikut dengan bisikan syaitan yang mengatakan "Eh cepat-cepat bas dah sampai cepat naik bas, nanti kau akan lambat"...mari kita lihat dari ayat Al-Quran...




"Orang yang meninfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, mereka dpt pahala disisi Allah. Tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati" (Surah Al-Baqarah 2:274)




Dari ayat di atas Allah s.w.t telah berkata tidak ada rasa takut pada mereka..yakni dari cerita tadi jika dia menolong makcik tuh si dia akan hilang rasa takut sekiranya bas seterusnya tidak datang maka hati kita pun akan merasa gembira kerana dapat tolong orang..

Marilah sama-sama kita mengali keindahan menjadi umat islam sebenar marilah kita menjejaki sejarah islam kita setelah mengetahui sejarah melayu kita... marilah! marilah!




"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendegarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, malah lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lengah-lengah" (surah Al-A'raf 7:179)..

No comments:

Post a Comment